Fadhilat bersedekah secara rahsia / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh

Sedekah ialah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu iaitu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata. Hukumnya adalah sunat dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Salleh, Mohd. Kamel
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86872/1/86872.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86872/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sedekah ialah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu iaitu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata. Hukumnya adalah sunat dan amat digalakkan perlaksanaannya terutama bagi membantu mereka yang sangat memerlukan. Manakala menurut para fuqaha' sedekah diertikan dengan zakat harta yang dikeluarkan kepada golongan fakir miskin dan sebagainya yang termasuk dalam golongan-golongan yang layak menerimanya menurut asnaf yang telah ditetapkan. Sedekah dalam erti kata ini hukumnya adalah wajib. Dalam AI-Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan kaum muslimin untuk sentiasa memberikan sedekah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud "Kamu tidak sekali-kali akan mendapat hakikat kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi" (Ali lmran: 92). Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud "Jika kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang-terangan), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik), dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu, serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. Allah akan menghapuskan sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah itu Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan" (Surah al-Baqarah: 271).