Percaya pada rezeki Allah / Siti Saufirah Mohd Tahir

Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendak-Nya bahagian daripada kehendak-Nya itu dikaitkan dengan peraturan alam yang Dia tetapkan. Sesiapa yang keluar mencarl rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini maka Dia membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Tahir, Siti Saufirah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86620/1/86620.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86620/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendak-Nya bahagian daripada kehendak-Nya itu dikaitkan dengan peraturan alam yang Dia tetapkan. Sesiapa yang keluar mencarl rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini maka Dia membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya. Walaubagaimanapun Allah boleh melakukan dengan kehendak-Nya luar daripada kebiasaan percaturan alam. Maka tidak mustahil ada yang memenuhi peraturan alam tidak mendapat rezeki sementara yang tidak berusaha tiba-tiba hadir untuknya rezeki tertentu. Kuasa Allah merentasi segalanya. Maka jangan hairan jika si miskin tidur lena dalam rumah buruknya, si kaya pula kegelisahan dalam banglo mewahnya. Jangan hairan jika rakyat bawahan makan dengan sedapnya, sementara raja dan menteri hilang seleranya. Jangan hairan jika ilmuwan lebih dihormati daripada menteri. Rezeki itu pelbagai, yang dikurniakan makanan, belum tentu dikurniakan selera. Maka, janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain.