PPKA juara Sukan Antara Fakulti (SAF) 2022 / Ts Fairus Azwan Azizan and Ts Dr Mohd Samsudin Abdul Hamid

Setelah 2 tahun ditangguhkan kerana Covid-19, tahun ini acara Sukan Antara Fakulti (SAF) ini kembali diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Acara ini berlangsung pada 8 Disember 2022 sehingga 20 Disember 2022. Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang mengambil bahagian dalam kesemua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizan, Fairus Azwan, Abdul Hamid, Mohd Samsudin
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86515/1/86515.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86515/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setelah 2 tahun ditangguhkan kerana Covid-19, tahun ini acara Sukan Antara Fakulti (SAF) ini kembali diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Acara ini berlangsung pada 8 Disember 2022 sehingga 20 Disember 2022. Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan iaitu PUBG, Bola Tampar, Bola Jaring, Futsal, Aerodance, Badminton dan Bola Baring.. Pihak pengurusan PKA telah memberikan amanah kepada beberapa orang staf untuk menjadi pengurus pasukan bagi membantu Team PKA pada kali ini. Ts Fairus Azwan telah dipertanggungjawabkan menggalas tugas sebagai ketua kontijen PPKA dan dibantu oleh pengurus sukan yang terdiri daripada staf-staf PKA sendiri seramai 20 orang. Majlis penyerahan bendera kepada kontijen PKA untuk Sukan Antara Fakulti (SAF) diadakan pada 8 Disember 2022 dan seramai 134 orang atlet terdiri daripada pelajar PKA mengambil bahagian dalam keseluruhan acara yang dipertandingkan. Untuk sukan SAF ini yang berakhir pada 20 Disember 2022, team PKA telah mengutip 4 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 gangsa. Pingat emas telah disumbangkan dalam acara bola jaring, badminton campuran, bola baling lelaki dan bola baling perempuan. Atlet aerodance lelaki menyumbang pingat perak untuk PKA manakala 3 pingat gangsa disumbangkan melalui acara bola tampar lelaki, bola tampar wanita dan futsal. Hasil kutipan pingat ini, PKA, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2022. Penutupan yang terindah buat Team PKA bagi tahun 2022 dengan kejayaan yang dicapai. Semoga semangat dan sokongan ini berterusan bagi memastikan PKA menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.