Transkrip temubual: tokoh bola sepak Kg. Tebing Tinggi bersama Encik Muhammad Zamri bin Hassan / Muhammad Arif Affindi and Rhafdan Ismail

Rhafdan bin Ismail dan Muhammad Arif bin Affindi telah menemubual Encik Muhammad Zamri bin Hasan pada 27 Jun 2015. Temubual ini telah di buat di rumah bapanya beliau iaitu di No1. Jalan Imam Kg. Tebing Tinggi, 85000, Segamat, Johor Darul Takzim. Encik Muhammad Zamri telah dilahirkan pada tahun 7 Apr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Affindi, Muhammad Arif, Ismail, Rhafdan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Johor 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85427/2/85427.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85427/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rhafdan bin Ismail dan Muhammad Arif bin Affindi telah menemubual Encik Muhammad Zamri bin Hasan pada 27 Jun 2015. Temubual ini telah di buat di rumah bapanya beliau iaitu di No1. Jalan Imam Kg. Tebing Tinggi, 85000, Segamat, Johor Darul Takzim. Encik Muhammad Zamri telah dilahirkan pada tahun 7 April 1981 di Hospital Besar Segamat. Beliau merupakan anak yang ke tujuh dari 8 adik beradik dan beliau kini sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dan melanjutkan sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Jementah dan berpindah pula ke Sekolah Menengah Gemerih untuk tingkatan 4 dan 5. Sejak di bangku sekolah rendah lagi beliau telah menceburi bidang sukan bola sepak ketika berumur 8 tahun lagi. Sejak dari itu beliau mula bergiat aktif pula di sekolah menengah pula dengan mewakili sukan bola sepak wakil sekolahnya dan setelah tamat SPM pada usia 19 tahun beliau mewakili Johor untuk kejohanan sukan Sukma di Pulau Pinang pada tahun 2000. Pelbagai rintangan dan pengalaman yang dialami oleh Encik Muhammad Zamri di sepanjang menceburi sukan bola sepak Tidak sedikit pun minat beliau di dalam bidang bola sepak dibantah oleh ibu dan bapanya, malah disokong penuh minatnya itu. Beliau merupakan inspirasi anak muda di Kg. Tebing Tinggi yang berminat bermain sukan bola sepak, keberadaannya di Kg Tebing Tinggi mendapat sambutan kerana kehebatannya bermain bola sepak lebih-lebih lagi setelah beliau telah mendapat pingat kasut emas kerana menjadi penjaring gol terbanyak untuk Liga Perdana pada tahun 2010.