Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dokumen sumber perniagaan dengan menggunakan kaedah ‘The King’ / Rosnani Ismail ... [et al.]
Dokumen sumber perniagaan merupakan dokumen bertulis urus niaga antara peniaga dan pembeli. Dokumen bertulis ini penting dalam perakaunan untuk tujuan rujukan dan perekodan. Namun, pelajar keliru dalam mengenalpasti dan membezakan sama ada dokumen perniagaan ini dokumen jualan atau belian. Proses in...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kedah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84999/1/84999.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84999/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dokumen sumber perniagaan merupakan dokumen bertulis urus niaga antara peniaga dan pembeli. Dokumen bertulis ini penting dalam perakaunan untuk tujuan rujukan dan perekodan. Namun, pelajar keliru dalam mengenalpasti dan membezakan sama ada dokumen perniagaan ini dokumen jualan atau belian. Proses ini menyebabkan pelajar sukar dan lambat dalam merekod urusniaga ke dalam buku catatan pertama. Selain itu, nota pembelajaran diasingkan mengikut modul jualan dan belian menyebabkan pelajar sukar untuk merujuk dan membezakan dokumen. Produk inovasi yang dibangunkan ini adalah berkonsepkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. ‘The King’ merupakan inovasi yang difokuskan kepada pelajar perakaunan kolej vokasional tahun 1 bagi kursus Jualan 1 (BAK1023) dan Belian 1 (BAK1033). Kaedah ini dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam mengenalpasti dan membezakan dokumen perniagaan dengan cepat dan mudah. ‘The King’ ini dibangunkan dengan menggunakan kalendar terpakai dan juga kertas A4. Dokumen perniagaan ditampal di atas kalendar yang berbentuk flip bagi memudahkan pelajar untuk melihat semua dokumen dalam satu tempat. Pelajar akan menganggap diri mereka sebagai ‘King’ selepas mengetahui nama syarikat di dalam soalan dan dapat mengenalpasti dengan cepat dokumen jualan atau belian. Dalam memastikan keberkesanan kaedah ‘The King’ ini, satu kajian dijalankan ke atas 10 orang pelajar kelas 1SVM BAK melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pelajar mahir mengenalpasti dan membezakan dokumen perniagaan dengan mudah dan menjimatkan masa sekaligus dapat merekod dengan betul setiap urusniaga ke dalam buku catatan pertama. Seterusnya diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar perakaunan di Malaysia khususnya pelajar sekolah menengah, kolej vokasional dan universiti dalam merekod dokumen sumber jualan dan belian ke dalam buku catatan pertama dengan tepat. |
---|