Penglibatan masyarakat di kawasan Santubong dalam industri pelancongan/ Fatimah Tenain… [et. al.]

Kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan penduduk kampung dalam industri pelancongan di kawasan Santubong, Kuching. Kajian ini meninjau jenis-jenis penglibatan masyarakat setempat di samping mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan masyarakat setempat. Selain itu, kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tenain, Fatimah, Dadu, Duncan, Hassan, Hamasah, Abdul Rahman Bakar, Hasiah, Junaidi, Nor Atikah
Format: Student Project
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84955/1/84955.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84955/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan penduduk kampung dalam industri pelancongan di kawasan Santubong, Kuching. Kajian ini meninjau jenis-jenis penglibatan masyarakat setempat di samping mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan masyarakat setempat. Selain itu, kajian ini juga meninjau persepsi penduduk kampung terhadap perkembangan pelancongan yang wujud dan mengukur perbezaan persepsi antara penduduk kampung yang terlibat dan tidak terlibat dalam industri pelancongan. Seramai 100 responden telah terpilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah pengedaran borang soal-selidik dan temuduga digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan. Data kemudiannya dianalisa dengan menggunakan kaedah ujian frekuensi dan crosstabulation. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk kampung melibatkan diri dalam industri perhotelan, diikuti dengan perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan. Selain itu, mereka turut terlibat dalam aktiviti menyediakan pengangkutan dan juga sebagai pemandu pelancong. Hasil kajian juga mendapati bahawa penduduk kampung mempunyai persepsi yang baik terhadap perkembangan industri pelancongan di kawasan mereka.