Dokumentasi KMK, Dewan Latihan Utama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) : Buku sering berselerak di atas rak/meja
Seperti yang kita semua tahu Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bertempat di UiTM Shah Alam adalah satu pusat gedung ilmu di mana ianya bukan sahaja menjadi tumpuan pelajar UiTM untuk mencari bahan dan sesuatu maklumat malah turut menjadi tumpuan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang lain. Sebagai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84648/1/84648.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84648/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Seperti yang kita semua tahu Perpustakaan Tun Abdul Razak yang bertempat di UiTM Shah Alam adalah satu pusat gedung ilmu di mana ianya bukan sahaja menjadi tumpuan pelajar UiTM untuk mencari bahan dan sesuatu maklumat malah turut menjadi tumpuan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang lain. Sebagai sebuah pusat pencarian maklumat PT AR tidak lari dari menghadapi berbagai permasalahan dalam sistem pencarian maklumat bahan terkini. Masalah semakin berlarutan disebabkan keadaan pelajar yang semakin lama semakin bertambah. Untuk merealisasikan objektif PT AR sebagai pusat maklumat yang cemerlang dari segi aspek perkhidmatan dan kepelbagaian koleksi yang mantap, PT AR sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta kemahiran maklumat dikalangan kakitangannya. Masalah keadaan buku sering berselerak di atas rak dan ruang pembacaan pelajar amat merunsingkan pihak PT AR, kerana ianya berlaku setiap hari dan setiap masa. Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran pelajar dan pengguna perpustakaan sukar untuk mendapatkan bahan atau rujukan tersebut walaupun didalam sistem OPAC dan WEB-OPAC telah terpapar jelas di mana kedudukan sesuatu bahan itu ditempatkan. Sistem OPAC dan WEB-OPAC dikatakan kurang tepat dan mengelirukan. Suasana ini jika tidak dibendung mulai sekarang boleh mengakibatkan sistem pembelajaran pelajar terganggu. Untuk menyelesaikan fenomena seperti ini dari menjadi semakin teruk, PT AR mengambil keputusan untuk mewujudkan satu badan khas di mana ianya diwakili oleh kakitangan dari PT AR sendiri. Kumpulan MAYA telah diwujudkan dan melalui aplikasi KMK iaitu falsafah, pendekatan dan kaedah yang lebih berkesan telah digunakan untuk meningkatkan kualiti mutu pengurusan serta perkhidmatan PTAR agar menjadi satu pusat pencarian bahan maklumat yang berwibawa dan sentiasa peka atas permasalahan yang melanda pengguna perpustakaan. |
---|