3D Axis Handy Kit / Rafisah Selamat ... [et al.]

3D Axis Handy Kit merupakan kit pengajaran yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) subtopik Forces and Vector in 3D bagi kursus Asas Kejuruteraan (EB025) dan Kejuruteraan Mekanikal (EM025) di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Berdasarkan r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Selamat, Rafisah, Mohd Amin, Ahmad Hamidi Firdaus, Abdul Latif, Mohd Fadli, Mohamed, Md Nazri
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83922/1/83922.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83922/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:3D Axis Handy Kit merupakan kit pengajaran yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) subtopik Forces and Vector in 3D bagi kursus Asas Kejuruteraan (EB025) dan Kejuruteraan Mekanikal (EM025) di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Berdasarkan refleksi sesi PdP, didapati penguasaan kemahiran pelajar adalah rendah terhadap pemahaman kedudukan arah vektor dalam 3 dimensi. Selain itu, pelajar sukar untuk memvisualisasikan satah pandangan dalam 3 dimensi. Sehubungan itu, bertepatan dengan pembelajaran STEM, inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi serta daya imaginasi pelajar dalam menyelesaikan masalah penentuan arah vektor dalam 3 dimensi. Kit pengajaran ini diilhamkan daripada pembinaan model sebelumnya dan permainan jigsaw puzzle. Dengan menggunakan bahan acrylic yang bersifat lutsinar, kit ini ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Seramai 24 orang pelajar tutoran dilibatkan dalam aktiviti PdP STEM menggunakan kit ini. Keberkesanan inovasi ini dibuktikan melalui borang soal selidik Google serta ujian pra dan ujian pasca. Terdapat peningkatan min sebanyak 100% daripada analisis markah ujian pasca berbanding 64.73% pada ujian pra. Majoriti dapatan daripada analisis borang soal selidik Google bagi kesemua item yang dijawab oleh pelajar mendapat skala 4 (Sangat Setuju). 3D Axis Handy Kit amat berpotensi untuk disebar luas dalam kalangan pensyarah dan pelajar memandangkan penggunaannya yang versatil dan boleh diaplikasikan kepada subjek lain seperti matematik dan fizik. Kos penghasilan inovasi ini juga adalah amat berpatutan. 3D Axis Handy Kit dilihat dapat meningkatkan imaginasi, pencapaian dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah vektor dalam 3 dimensi dengan lebih baik di samping membina pengalaman pembelajaran yang berguna.