Peluang dan potensi tanaman lada hitam di Sabah: persepsi penerimaan penduduk daerah Tenom / Nur Aziemah Jasni ... [et al.]

Tanaman lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Peningkatan pengeluaran global lada hitam daripada 317,750 tan metrik pada tahun 2011 kepada 324,090 tan metrik pada tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jasni, Nur Aziemah, Sumin, Viduriati, Joseph, Hendry, Awg Damit, Hazmi
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83801/1/83801.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83801/
https://e-ajuitmct.uitm.edu.my/v3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanaman lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Peningkatan pengeluaran global lada hitam daripada 317,750 tan metrik pada tahun 2011 kepada 324,090 tan metrik pada tahun 2012 adalah selaras dengan usaha Lembaga Lada Malaysia dan agensi kerajaan lain untuk menggalakkan lebih ramai usahawantani menceburi industri lada hitam ini. Pada masa ini, Negeri Sarawak merupakan pengeluar utama tanaman lada hitam di Malaysia diikuti oleh negeri Johor, Melaka dan Sabah. Kebelakangan ini, tanaman lada hitam mula diberi perhatian semula di Sabah setelah berlakunya kegagalan penanaman tanaman ini dahulu akibat jangkitan penyakit dan perihal naik turun harga pada masa tersebut. Masalah utama berlakunya jangkitan penyakit adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan kesedaran pengurusan penyakit dan serangga perosak serta pendedahkan mengenai Konsep Amalan Baik Tanaman. Walau bagaimanapun, pekebun kecil di beberapa daerah seperti Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Pitas, Ranau, Tambunan dan Membakut sudah mulai terlibat di dalam penamanan lada hitam. Berbeza dengan daerah Tenom, penglibatan dalam penanaman lada hitam masih rendah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui penerimaan penduduk Tenom terhadap tanaman lada hitam dan peluang serta potensi industri lada hitam pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kaji selidik terhadap penerimaan pekebun kecil dan berskala besar adalah penting bagi memastikan kebolehlaksanaan penanaman lada hitam bagi menggalakkan pasaran industri lada hitam di negeri Sabah.