Analisa kesalahan dalam matematik intensif: kajian kes terhadap pelajar pra diploma perdagangan / Siti Asmah Mohamed ... [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti topik spesifk dalam subjek Matematik Intensif yang menjadi punca kesilapan tertinggi dikalangan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan penilaian akhir semester. Ia juga dijalankan untuk melihat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik sp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Siti Asmah, Mahlan, Siti Balqis, Shamsuddin, Maisurah, Hamat, Muniroh, Alias, Fadzilawani Astifar
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan JSKM 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83795/1/83795.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83795/
https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti topik spesifk dalam subjek Matematik Intensif yang menjadi punca kesilapan tertinggi dikalangan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan penilaian akhir semester. Ia juga dijalankan untuk melihat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik spesifik tersebut. Set soalan peperiksaan penilaian akhir semester diuji dengan enam topik utama mengikut silibus kursus. Sebanyak 56 skrip jawapan pelajar disemak dan dianalisa untuk dijadikan sampel kajian. Markah pelajar telah dianalisa terlebih dahulu mengikut topik secara deskriptif dan didapati skor markah bagi topik Algebra adalah kurang memuaskan berbanding topik yang lain. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan pada topik Algebra kerana berdasarkan min markah jawapan yang betul paling rendah diperolehi. Terdapat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik tersebut antaranya pola kesalahan dalam perkembangan, pemfaktoran serta meringkaskan ungkapan pecahan Algebra. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran awal kepada para pensyarah tentang tahap penguasaan dan kefahaman matematik dikalangan pelajar pra diploma sebelum mereka meneruskan ke peringkat diploma dengan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran, merancang pendekatan yang sesuai untuk membantu pelajar dan membolehkan ianya dijadikan sebagai penanda aras untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.