My home risk assessment (MYHoRA) – safe home, peace mind, happy life / Dr Mohd Hafiz Zulfakar ... [et al.]
Pengurusan risiko adalah salah satu komponen penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia khususnya di tempat kerja. Bahaya dan risiko kemalangan berada di mana-mana sahaja, dan tidak terbatas hanya di tempat kerja. Dengan mengadaptasikan konsep yang sama, My Home Risk Asses...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Kedah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83307/1/83307.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83307/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan risiko adalah salah satu komponen penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia khususnya di tempat kerja. Bahaya dan risiko kemalangan berada di mana-mana sahaja, dan tidak terbatas hanya di tempat kerja. Dengan mengadaptasikan konsep yang sama, My Home Risk Assessment (MYHoRA) merupakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang pengurusan risiko. Peringkat awal inovasi ini hanya menggunakan perisian Google Form telah berjaya memudahkan pemahaman pelajar dalam usaha mengenalpasti hazad (punca bahaya), membuat penilaian risiko dan memberi cadangan bagaimana mengawal risiko yang berada di kawasan persekitaran khususnya di tempat tinggal mereka. Kesemua elemen di dalam Google Form ini membolehkan mereka membuat simulasi pengurusan risiko apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Seramai 96 pelajar dari 3 kumpulan yang mendaftar kursus Health, Safety, Security and Environment (HSSE) in Transport – TPT552 telah terlibat di dalam kajian awal ini menyatakan kegembiraan mereka menjalani tugasan MYHoRA ini. Hasil maklumbalas 79 pelajar daripada mereka mendapati pelajar lebih mudah memahami konsep pengurusan risiko serta mampu mendekatkan jurang ilmu teori dan praktikal. Kaedah inovasi ini berpotensi untuk dibangunkan menjadi aplikasi mudah alih dan boleh digunakan di dalam mana-mana kursus yang berkaitan dengan pengurusan risiko dan keselamatan, kesejahteraan dan persekitaran di tempat kerja. |
---|