Kertas kerja infografik IDA102 / Siti Fairuz Sujak ... [et al.]
Kursus Manusia dan Agama (IDA102) merupakan subjek wajib yang diambil oleh pelajar nonsemester satu di UiTM seluruh sistem. Antara hasil pembelajaran kursus yang ingin dicapai melalui subjek ini adalah para pelajar mampu menghasilkan satu laporan kertas kerja mengenai keperluan, kepercayaan, amalan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83183/1/83183.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83183/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kursus Manusia dan Agama (IDA102) merupakan subjek wajib yang diambil oleh pelajar nonsemester satu di UiTM seluruh sistem. Antara hasil pembelajaran kursus yang ingin dicapai melalui subjek ini adalah para pelajar mampu menghasilkan satu laporan kertas kerja mengenai keperluan, kepercayaan, amalan beragama dan isu-isu kontemporari berkaitan perbandingan agama Islam dan Kristian. Terdapat beberapa kelemahan dikenalpasti apabila kertas kerja yang dihasilkan pelajar menggunakan Microsoft Word biasa antaranya kertas kerja tersebut tidak memenuhi rubrik pemarkahan yang ditetapkan, para pelajar sukar menganalisa fakta dengan tepat, info berunsur falsafah, tidak menarik serta membosankan. Ini dibuktikan melalui semakan peratusan plagiat yang tinggi dan tugasan yang dihasilkan tidak berkualiti. Melalui idea kertas kerja IDA102 secara digital ini, platform penulisan kertas kerja ditukar dalam bentuk infografik dan informatif menggunakan perisian Canva. Objektif inovasi ini adalah bagi memandu pelajar membuat tugasan secara sistematik dan meransang mereka membuat rumusan sendiri berdasarkan ilmu pengetahuan, bahan bacaan dan penyelidikan yang dijalankan. Bagi menyerlahkan kreativiti pelajar, elemen grafik, animasi, video, imej, peta minda dan hiasan yang sesuai boleh dimasukkan bertujuan untuk menarik minat dan meningkatkan kefahaman pelajar. Inovasi ini memberi impak yang sangat besar kepada pelajar, pensyarah dan masyarakat kerana hasil maklumbalas dari pelajar mendapati, berbanding penulisan kertaskerja tradisional biasa mereka kini sangat seronok membuat kertaskerja kerana konsep membudayakan ilmu di mana sahaja pada bila-bila masa dapat direalisasikan selagi mana aplikasi Canva ada di telefon pintar mereka. Pelajar juga bermotivasi tinggi untuk melakukan tugasan kerana berpeluang membangunkan keupayaan diri mereka sendiri untuk berfikir secara kritis dan kreatif walaupun secara santai tetapi sampai. |
---|