Analisis perubahan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat di Sabah, Malaysia sebelum dan selepas PKP / Romzi Ationg … [et al.]

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia. Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, IC...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ationg, Romzi, Sareya, Rosli, Bagang, Tony Paridi, Kamu, Assis, Gregory, Natalie Ann, Tobi, Bernadatte, Mohd Tamring, Budi Anto
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82917/1/82917.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82917/
https://borneoakademika.sabah.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia. Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) masyarakat di negeri Sabah, Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan ekonomi. Namun demikian, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perbezaan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut sebelum dan semasa PKP tersebut. Bagi menjelaskan hal ini maka kajian yang mengaplikasi pendekatan kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh sejumlah 1228 responden telah dijalankan. Objektif utama kajian ini ialah bagi menjelaskan perbezaan atau perubahan norma baharu penggunaan ICT dalam aktiviti harian masyarakat di Sabah, Malaysia yang meliputi aspek pengurusan kewangan dan ekonomi sebelum dan semasa PKP. Secara umum kajian ini mendapati bahawa perubahan signifikan telah berlaku ke-atas norma kehidupan masyarakat di Sabah berdasarkan aspek yang dikaji sebelum dan semasa PKP berlangsung. Ini menunjukkan pelaksanaan PKP telah mendatangkan kesan yang ketara dalam kehidupan masyarakat di Sabah, Malaysia.