Ceramah kerjaya PPKAS: “Chemistry Graduates in Fragrance and Oleochemistry Industry” / Nurazira Mohd Nor ... [et al.]

Unit Talking Circle dengan kerjasama Kumpulan Special Interest Group (SIG) MaterOleo di bawah Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS) serta Persatuan Al-Chemist, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Kuala Pilah telah mengadakan satu program ceramah kerjaya pada 13 Januari 2023 yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nor, Nurazira, Abdullah, Asiah, Dzulkifli, Nur Nadia, Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izzadin
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82368/1/82368.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82368/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Unit Talking Circle dengan kerjasama Kumpulan Special Interest Group (SIG) MaterOleo di bawah Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS) serta Persatuan Al-Chemist, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Kuala Pilah telah mengadakan satu program ceramah kerjaya pada 13 Januari 2023 yang lalu. Ceramah kerjaya yang bertajuk “Chemistry Graduates in Fragrance and Oleochemistry Industry” ini telah diadakan di Dewan Anjung Perpatih, UiTMCNS, Kampus Kuala Pilah dan telah berjaya menarik minat seramai lebih 100 orang pelajar yang mempunyai latar belakang kursus yang pelbagai. Antara pengisian ceramah kerjaya ini termasuk sesi perkongsian ilmu berkaitan oleokimia di mana oleokimia merupakan bidang penting yang memfokuskan kepada minyak dan lemak dan bahan oleokimia yang digunakan secara meluas dalam pelbagai industri termasuk industri berasaskan makanan dan bukan makanan. Ceramah kerjaya ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Ts. ChM Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali, Koordinator Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, UiTMCNS, Kampus Kuala Pilah dan diteruskan dengan sesi pertama iaitu sesi perkongsian oleh Puan Teoh Joo Yin atau lebih dikenali dengan nama panggilan mesranya Puan Joey yang merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Nessochem Sdn. Bhd., Malaysia. Perkongsian yang bertajuk Fragrance Industry (Inclusive of Smelling Techniques & Experience on Aroma Chemical & Essential Oil) ini adalah sangat menarik dan informatif di mana pelajar menunjukkan minat dan teruja untuk mengenali jenis-jenis wangian yang digunakan dalam pembuatan produk oleokimia di samping diberikan pelbagai jenis sampel wangian. Sesi kedua pula diteruskan dengan perkongsian oleh Encik Darrell Tan, Pengarah Urusan Bakrie Group, Indonesia yang bertajuk “Palm Oil Derivatives Oleochemical Industry”. Malaysia terkenal sebagai salah satu negara pengeluar utama minyak sawit dalam pasaran dunia. Perkongsian ini telah memberi penerangan dan informasi yang jelas mengenai aplikasi minyak sawit dalam industri makanan dan bukan makanan. Tidak lupa juga perkongsian oleh penceramah mengenai cabang-cabang kerjaya yang boleh diterokai oleh graduan kimia dalam bidang oleokimia terutama industri wangian.