Pengurusan kemiskinan asnaf produktif: kajian kes di Baitul Mal Aceh (BMA) / Nooramira Ghazali … [et al.]

Institusi Zakat atau Baitul Mal merupakan organisasi yang ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan zakat yang bersistematik. Kedua-dua institusi ini juga berperanan dalam membantu golongan asnaf untuk meningkatkan keupayaan dan ekonomi asnaf dalam mengurangkan masalah kemiskinan. Pelbagai progr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ghazali, Nooramira, Fazial, Farahdina, Samsurijan, Mohamad Shaharudin, Hamat, Zahri
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82264/2/82264.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82264/
https://borneoakademika.sabah.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi Zakat atau Baitul Mal merupakan organisasi yang ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan zakat yang bersistematik. Kedua-dua institusi ini juga berperanan dalam membantu golongan asnaf untuk meningkatkan keupayaan dan ekonomi asnaf dalam mengurangkan masalah kemiskinan. Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh institusi zakat atau baitul mal dalam membantu golongan ini. Menariknya, kajian ini ditumpukan kepada baitul mal di Aceh, Indonesia yang lebih dikenali sebagai Baitul Mal Aceh (BMA) yang dilihat begitu sistematik dalam menguruskan kelompok asnaf terutamanya asnaf produktif. Asnaf produktif merujuk kepada asnaf yang berhak menerima agihan zakat, mempunyai perniagaan atau kemahiran untuk dikembangkan, mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang baik serta mampu melaksanakan pekerjaan. Persoalannya, apakah fokus penumpuan program pengurusan kemiskinan yang telah dilaksanakan oleh BMA? Apakah bentuk bantuan yang telah diagihkan kepada asnaf produktif? Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes di BMA. Data dikumpul melalui temu bual tidak berstruktur melibatkan lima orang informan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati, terdapat dua program pengurusan kemiskinan yang telah difokus kepada asnaf produktif iaitu program pemerkasaan ekonomi dan pendidikan. Bentuk bantuan yang diagihkan terdiri dari modal permulaan, bantuan kewangan, peralatan kerja dan biasiswa. Kedua-dua program ini telah berjaya membantu mengurangkan masalah kemiskinan seterusnya membantu meningkatkan kualiti kehidupan asnaf produktif ke arah yang lebih baik.