Ganjaran bukan kewangan sumber motivasi kepada pekerja dalam organisasi / Asiah Ali

Sumber manusia merupakan sumber utama dalam suatu organisasi dan memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam aktiviti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Dalam konsep pengurusan, secara umum kita akan berurusan dengan dua perkara iaitu, pengurusan kerja dan juga pengurusa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ali, Asiah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82124/1/82124.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82124/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sumber manusia merupakan sumber utama dalam suatu organisasi dan memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam aktiviti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Dalam konsep pengurusan, secara umum kita akan berurusan dengan dua perkara iaitu, pengurusan kerja dan juga pengurusan manusia. Pengurusan terhadap kerja mudah untuk diuruskan kerana melibatkan prosedur serta kemahiran untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Manakala pengurusan manusia merupakan satu pengurusan yang unik dan merupakan satu seni yang memerlukan penelitian serta timbang rasa antara pemimpin dan pengikut. Sumber motivasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu motivasi ransangan daripada dalaman serta rangsangan daripada luaran (Morris et al. 2022). Mengikut Moris serta rakan-rakan (2022) gabungan faktor intrinsik dan ekstrinsik menjuruskan ke dalam fasa perbincangan pra-keputusan dalam pembentukan kelakuan bermotivasi. Ganjaran kewangan dan bukan kewangan merupakan salah satu praktis pengurusan sumber manusia yang digunakan dalam organisasi. Ianya dijadikan satu alat untuk memberikan motivasi kepada para pekerja. Pendekatan ini merupakan satu faktor luaran yang memberikan rangsangan kepada para pekerja untuk lebih bermotivasi serta bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan harian mereka.