Panas baran: ikut rasa binasa, ikut hati mati / Haziah Sa'ari

Sikap dan naluri manusia sentiasa berubah dalam apa jua situasi kehidupannya. Perasaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, ada kalanya kita menghadapi perasaan sayang yang berlebihan, sayu yang mendalam, dan sedih yang berpanjangan. Namun, penulisan kali ini memberi fokus kepada perasaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sa'ari, Haziah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82092/1/82092.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82092/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap dan naluri manusia sentiasa berubah dalam apa jua situasi kehidupannya. Perasaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, ada kalanya kita menghadapi perasaan sayang yang berlebihan, sayu yang mendalam, dan sedih yang berpanjangan. Namun, penulisan kali ini memberi fokus kepada perasaan marah yang membuak-buak atau dikenali sebagai "BARAN” yang memang tidak boleh diubah. Seringkali kita dengar perkataan “PANAS BARAN” selain terpaksa menghadapi keadaan di mana terdapat individu yang berperwatakan sedemikian. Mahu tidak mahu, kita terpaksa berurusan dengan mereka semasamelaksanakan tugasan seharian mahupun ketika hidup bermasyarakat. Lebih menyedihkan lagi, adanya suami yang bersikap sedemikian hinggakan membuat isteri atau ahli keluarga menderita dengan tingkah laku agresif yang dibuat. Marah adalah salah satu bentuk luahan emosi ketika seseorang memberi reaksi terhadap situasi yang tidak menyenangkan. Namun, sikap mudah marah boleh menjadi masalah apabila seseorang gagal mengendali atau mengawal rasa amarah dalam diri. Apabila seseorang sedang marah, mereka akan memberi respons terhadap situasi negatif sebelum badan akan melepaskan hormon adrenalin. Selain rasa putus asa, depresi juga boleh menyebabkan seseorang mudah marah. Setelah itu, otot-otot tubuh akan menjadi menegang, degupan jantung meningkat dan tekanan darah melonjak. Keadaan ini membuatkan bahagian wajah dan telapak tangan terlihat lebih merah. Ada banyak cara bagi mengekspresikan rasa marah, antaranya; mendiamkan diri, menjerit, menghempas barang malah ada yang sampai bertindak melakukan kekasaran terhadap orang lain.