Pengaruh dialek Kedah terhadap fonetik dan leksikal kata soal pelajar PISMP: satu kajian kes / Nurmiza Zulaikha Hamzah, Hasnah Awang and Fauziah Hanim Md Yusof

Dialek Kedah pada dasarnya adalah satu ragam bahasa yang unik dengan aspek sebutan dan leksikal tersendiri. Sungguhpun begitu, pengaruh yang di bawa oleh dialek boleh memberi kesan terhadap ujaran lisan seseorang. Sekiranya wujud unsur pengaruh dialek dalam ujaran guru, maka murid akan turut sama me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Nurmiza Zulaikha, Awang, Hasnah, Md Yusof, Fauziah Hanim
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82019/1/82019.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82019/
https://irole-uitm.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dialek Kedah pada dasarnya adalah satu ragam bahasa yang unik dengan aspek sebutan dan leksikal tersendiri. Sungguhpun begitu, pengaruh yang di bawa oleh dialek boleh memberi kesan terhadap ujaran lisan seseorang. Sekiranya wujud unsur pengaruh dialek dalam ujaran guru, maka murid akan turut sama menggunakan dialek dalam kemahiran berbahasanya. Keadaan ini adalah kerana, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya termasuklah di sekolah. Rentetan daripada itu, isu pengaruh dialek sepatutnya diatasi ketika seorang guru itu berada dalam tempoh latihannya iaitu melalui program PISMP. Justeru, satu kajian kualitatif berbentuk kajian kes dilaksanakan untuk melihat faktor pendorong penggunaan dialek Kedah serta pengaruhnya terhadap gaya sebutan (fonetik) serta penggunaan leksikal kata soal dialek terhadap tiga orang pelajar PISMP. Pengaruh dialek boleh berpunca daripada faktor rakan sebaya, keluarga dan persekitaran seseorang. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa proses dalam fonologi dialek Kedah yang mempengaruhi sebutan pelajar PISMP. Antaranya adalah proses pemanjangan dan perendahan vokal, penggantian, perubahan dan pengguguran konsonan serta pendiftongan. Pada aspek leksikal kata soal, terdapat perbezaan dari sudut pemilihan kosa katanya seperti ‘awat’ yang membawa maksud ‘kenapa’, ‘apadia’ iaitu ‘apa’ dan ‘cemana’ yang mewakili kata soal ‘bagaimana’. Hasilnya, kajian ini dapat menyumbang kepada kesedaran dan peningkatan amalan penguasaan bahasa Melayu standard dalam kalangan pendidik.