Transkrip wawancara bersama Siri Neng Buah Pakar Rujuk Adat Pepatih & Adat Temenggong, Pakar Rujuk Tapak Warisan Dunia (UNESCO) dan sumber utama untuk sejarah-sejarah di Malaysia-Thailand / Nik Irsaal Nik Lah and Mahfuzah Mazlan

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Siri Neng Buah atau lebih mesra disapa dengan gelaran Pak Siri. Transkrip temu bual ini dijalankan di halaman rumah Pak Siri sendiri iaitu di Lot 352 Kampung Kok Seraya, Chabang empat Tumpat, Kelantan. Beliau merupakan seorang kakitangan awam yang su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Lah, Nik Irsaal, Mazlan, Mahfuzah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81318/1/81318.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Siri Neng Buah atau lebih mesra disapa dengan gelaran Pak Siri. Transkrip temu bual ini dijalankan di halaman rumah Pak Siri sendiri iaitu di Lot 352 Kampung Kok Seraya, Chabang empat Tumpat, Kelantan. Beliau merupakan seorang kakitangan awam yang sudah bersara dan pakar dalam bidang sosio budaya dan warisan kesenian dalam Malaysia dan Thailand. Sehingga ke hari ini beliau dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia sebagai tokoh orang hidup seni warisan dan kebudayaan serta pakar rujuk tapak UNESCO. Sifat beliau yang suka membantu orang juga jelas terpancar apabila beliau sangat teruja untuk membantu penyelidik dalam temu bual yang bertajuk Pak Siri dan negeri Kelantan. Temu bual ini menumpukan tentang pengkisahan beliau berkaitan tajuk penyelidik sendiri mengenai sejarah dan cerita rakyat tentang kewujudan negeri Kelantan dan asal usul nama negeri kelantan. Beliau juga akan menceritakan nama-nama tempat serta keunikan daerah atau jajahan di Kelantan. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam permainan wayang kulit iaitu memegang watak penting sebagai tok dalang, pak siri mempunyai banyak pengetahuan yang luas berkenaan dengan cerita-cerita sejarah di Kelantan.