Pembangunan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) berkualiti dan mesra pelajar / Mohd Nor Mamat, Posiah Mohd Isa and Janudin Sardi

Dalam realiti dunia pendidikan tinggi, keperluan pembelajaran atas talian semakin relevan lantaran desakan masyarakat memiliki pendidikan tertiari yang meningkat dengan kapasiti kampus yang terhad. Hari ini, kita dapati pembelajaran atas talian menjadi mod pembelajaran elektronik yang efektif dan ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mamat, Mohd Nor, Mohd Isa, Posiah, Sardi, Janudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81293/1/81293.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81293/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam realiti dunia pendidikan tinggi, keperluan pembelajaran atas talian semakin relevan lantaran desakan masyarakat memiliki pendidikan tertiari yang meningkat dengan kapasiti kampus yang terhad. Hari ini, kita dapati pembelajaran atas talian menjadi mod pembelajaran elektronik yang efektif dan ia berlangsung dalam bentuk yang pelbagai seperti aplikasi e-PJJ (UiTM), program maya (OUM dan UNITAR) ataupun sebagai komplimentari (UUM, USM, UMS dan lain-lain), Konsep pembelajaran atas talian bukan sahaja mengadaptasi e-nota atau e-buku sahaja malah turut mengandungi diskusi maya, perbualan digital, pengendalian kuliah dan ujian alas talian, syarahan digital, kanferensi video dan lain-lain, Persoalan seterusnya adalah sejauh mana sistem tersebut dibangunkan dengan konsep yang mesra, efisien, efektif dan malah humanistik Sekali lagi isu medium teknologi dan fasiliti, serta kapasiti guru/pensyarah akan timbul dan memerlukan solusi segera dan berterusan, Kertas ini merupakan catitan perkongsian pengalaman aplikasi sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di UiTM sama ada menerusi e-PJJ ataupun i-Learn dengan perbandingan kepada aplikasi LMS di beberapa universiti awam yang lain menerusi pengkajian berasaskan diskusi autorili e-learning, lawatan ke portal dan LMS, rujukan dokumen dan sebagainya, Penekanan kertas ini lebih menjurus kepada konsep mesra pengguna sebagai asas utama dalam menentukan kejayaan plan 'e-learning' secara efektif dan komprehensif sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan.