Pemasangan paip sistem pembentungan / Siti Hodijah Ehwan

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan tentang sistem pemasangan paip pembentungan jenis paip High Density Polyethylene (HOPE) dan perkara­-perkara yang terlibat semasa pemasangan paip jenis ini. la dihasilkan daripada pengamatan dan pengalaman penulis sepanjang menjalani latihan amali salama ena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ehwan, Siti Hodijah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81117/1/81117.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81117/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan ini secara ringkasnya menerangkan tentang sistem pemasangan paip pembentungan jenis paip High Density Polyethylene (HOPE) dan perkara­-perkara yang terlibat semasa pemasangan paip jenis ini. la dihasilkan daripada pengamatan dan pengalaman penulis sepanjang menjalani latihan amali salama enam bulan. Laporan ini terbahagi daripada beberapa bahagian yang dimulakan dengan maklumat berkaitan syarikat dan projek pembinaan. la menerangkan tentang syarikat kontraktor iaitu Syarikat Layang Jaya dan FN Communication Sdn. Bhd. dan projek pembinaan yang sedang dilakukan iaitu projek pembinaan menyiapkan rumah berkembar kos rendah dan kos sederhana yang merupakan pengambil alihan projek terbengkalai. Hasil pemerhatian penulis didapati bahawa pemasangan paip pembentungan ini memerlukan pemerhatian yang serius untuk mengelakkan daripada berlaku masalah kerana ia akan melibatkan banyak pihak. Laporan ini menerangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang berkaitan dengan sistem pemasangan paip pembentungan. Penerangan mengenai pemasangan paip betung ini juga dibuat melalui pengamatan penulis sendiri di tapak bina. Beberapa masalah juga telah dikenalpasti semasa proses pembinaannya dan langkah mengatasi masalah turut diterangkan dalam laporan ini. Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, penulis menyertakan gambar foto untuk penilaian atau kefahaman pembaca. Kesimpulannya, penulis berharap agar usaha penulis menghasilkan laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pemasangan paip pembentungan jenis HOPE secara praktikal.