Pameran maya: Hari Raya Aidiladha / Perpustakaan Tengku Anis

Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan salah satu perayaan terbesar umat Islam selain Aidilfitri atau Hari Raya Puasa. Perayaan ini jatuh pada 10 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan penutup ibadah Haji di Mekah dan rukun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM Kelantan, Perpustakaan Tengku Anis
Format: Monograph
Language:English
Published: Perpustakaan Tengku Anis (PTA) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80745/1/80745.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80745/
https://kelantan.library.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan salah satu perayaan terbesar umat Islam selain Aidilfitri atau Hari Raya Puasa. Perayaan ini jatuh pada 10 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan penutup ibadah Haji di Mekah dan rukun Islam kelima. Perayaan ini mengingatkan pengorbanan agung Nabi Ibrahim yang patuh pada perintah Allah SWT. Aidiladha merupakan peristiwa besar apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai satu perintah di dalam mimpinya. Syaitan telah cuba menggoda Nabi Ibrahim dengan cuba menghasutnya agar tidak mendengar perintah Allah. Namun Nabi Ismail mengatakan kepada ayahnya, jika itu perintah Allah, lakukanlah. Ketika Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anaknya, lalu Allah gantikan ia dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.