Transkrip wawancara bersama Puan Azizah Binti Adam / Nur Aimi Atirah Abdul Malik and Siti Ubaidah Mohd Zaini

Temubual ini dilakukan bersama dengan Puan Azizah binti Adam yang merupakan seorang tokoh seni kraf tekat benang emas dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sesi temubual ini dijalankan untuk mengetahui tentang latar belakang perjalanan hidup dan pengalaman Puan Azizah binti Adam dalam kerjayanya sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Malik, Nur Aimi Atirah, Mohd Zaini, Siti Ubaidah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kelantan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80597/1/80597.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80597/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Temubual ini dilakukan bersama dengan Puan Azizah binti Adam yang merupakan seorang tokoh seni kraf tekat benang emas dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sesi temubual ini dijalankan untuk mengetahui tentang latar belakang perjalanan hidup dan pengalaman Puan Azizah binti Adam dalam kerjayanya sebagai seorang penekat benang emas. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian di platform Google Meet pada 21 Januari 2023 sekitar pukul 10 pagi. Minat beliau yang mendalam terhadap seni kraf tangan tekat benang warisan negara ini telah membantunya menjana pendapatan. Puan Azizah binti Adam mula menceburi bidang seni tekat ini sejak tahun 1979 sehingga berjaya menubuhkan bengkel dan perniagaannya sendiri. Kehalusan sulaman seni tekat benang Azizah Adam yang hebat telah berjaya membawanya terbang sehingga ke /uar negara. Kesabaran dan kesungguhan beliau dalam memajukan bidang seni kraf ini memberinya banyak kenangan manis dan pahit buat dirinya. Berpuluh tahun sudah berlalu, jiwa dan cinta Puan Azizah binti Adam terhadap dunia seni kraf masih tidak pudar dan sedia untuk meneruskan cintanya dalam warisan seni kraf ini seiring dengan peredaran zaman.