Pemasangan genting bumbung / Nurul Atiqah Mohd Anuar

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai kaedah yang dijalankan bagi membuat kerja-kerja pemasangan genting bumbung terhadap sesebuah bangunan. la dihasilkan berpandukan pengalaman latihan praktikal selama enam bulan di Arash Cipta Sdn. Bhd. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Anuar, Nurul Atiqah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80468/1/80468.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80468/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai kaedah yang dijalankan bagi membuat kerja-kerja pemasangan genting bumbung terhadap sesebuah bangunan. la dihasilkan berpandukan pengalaman latihan praktikal selama enam bulan di Arash Cipta Sdn. Bhd. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan jenis pekerjaan yang dilakukan. Arash Cipta Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan genting bumbung di tapak bina. Di dalam laporan ini menerangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi penglibatan pihak-pihak yang terlibat dalam pemasangan genting bumbung, jenis-jenis kerja dan sebagainya. Selain itu diterangkan juga mengenai organisasi yang bertanggungjawab unuk menguruskan kerja-kerja pemasangan genting bumbung bangunan. Kemudian diterangkan pula mengenai kelebihan pemasangan genting bumbung bangunan berbanding bangunan yang tidak memakai genting bumbung jenis yang terbaik. Kesan-kesan yang bakal timbul jika tiada memasang genting bumbung yang baik. Segala masalah yang ada yang berkaitan telah dikenalpasti dan laporan ini diakhiri dengan beberapa cadangan yang dirasakan sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kelebihan pemasangan genting bumbung terhadap bangunan.