Penyiasatan tanah lengkap berbantu GIS bagi kawasan kampus UiTM Perlis / Abdul Satar Said Asghar, Zakaria Mat Arof and Said Hamid

Klasifikasi tanah ditentukan berdasarkan siri-siri tertentu. Kelasan-kelasan dalam setiap klasifikasi membezakan tahap kesuburan tanah. Lazimnya kriteria utama yang digunakan dalam kelasan ini adalah menjurus kepada sifat-sifat semulajadi tanah seperti bahan induk, ketumpatan, susunan horizon dan la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said Asghar, Abdul Satar, Mat Arof, Zakaria, Hamid, Said
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti Teknologi MARA 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7996/2/7996.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7996/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Klasifikasi tanah ditentukan berdasarkan siri-siri tertentu. Kelasan-kelasan dalam setiap klasifikasi membezakan tahap kesuburan tanah. Lazimnya kriteria utama yang digunakan dalam kelasan ini adalah menjurus kepada sifat-sifat semulajadi tanah seperti bahan induk, ketumpatan, susunan horizon dan lain-lain. Kajian ini telah dijalankan bagi seluruh kampus UiTM Perlis yang meliputi kawasan seluas hampir 189.20 hektar dimana 52.4 hektar merupakan kawasan tanah baru yang telah dibeli pada tahun 2004 manakala 136.8 hektar kawasan asal yang ujud semenjak tahun 1974 bertujuan bagi mengoptimumkan penggunaan ruang dalam kampus untuk rancangan pembangunan jangka panjang. Data primer dan sekunder telah digunakan. Siasatan terus ke lapangan telah dibuat berpandukan titik-titik grid (200m X 200m) yang terlebih dahulu ditentukan di keseluruhan kampus menggunakan kaedah penerabasan teodolit. Manakala data-data sekunder, seperti guna tanah, geologi dan topografi didapatkan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan. Kaedah GIS telah digunakan bagi memproses data-dan maklumat selari dengan keperluan analisis kesesuaian tanah. Hasilnya digambarkan dalam bentuk peta-peta siri yang mengkelaskan jenis-jenis tanah dan carta-carta bandingan sifat-sifat utama tanah yang terdapat di dalam kampus UiTM Perlis. Antara sisi-siri yang terdapat ialah Siri Pedu, Siri Prang, Siri Rasau, Siri Jitra, Siri Lanas dan Siri Melaka.