Ketingting think: inovasi kreatif permainan tradisional / Mahanim Omar, Siti Mariam Saad and Siti Nurleena Abu Mansor

Pada era masa kini, telefon pintar dan permainan video menjadi keutamaan di kalangan generasi muda sebagai hiburan terkini dan pengisian masa lapang mereka. Namun, terdapat satu elemen yang telah lama hilang dalam permainan moden tersebut iaitu interaksi fizikal dan komunikasi yang biasanya terdapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Mahanim, Saad, Siti Mariam, Abu Mansor, Siti Nurleena
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79862/1/79862.pdf
https://doi.org/10.24191/idealogy.v8i1.398
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79862/
http://idealogyjournal.com/ojs/index.php/idealogy/issue/view/21
https://doi.org/10.24191/idealogy.v8i1.398
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era masa kini, telefon pintar dan permainan video menjadi keutamaan di kalangan generasi muda sebagai hiburan terkini dan pengisian masa lapang mereka. Namun, terdapat satu elemen yang telah lama hilang dalam permainan moden tersebut iaitu interaksi fizikal dan komunikasi yang biasanya terdapat dalam permainan tradisi. Salah satu permainan tradisi yang masih dikenali sehingga kini adalah permainan Ketingting. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan malah memberi manfaat dari segi perkembangan mental dan fizikal pemain. Oleh itu, satu rekaan inovasi permainan tradisi iaitu permainan Ketingting Think dicetuskan menjadikan permainan ini lebih unik dan kreatif. Gabungan bentuk dan warna yang menarik, permainan Ketingting Think dapat menarik minat anak muda masa kini. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan, 60% responden bersepakat bahawa inovasi ini menarik. Tambahan pula, 73.3% berpendapat permainan ini memerlukan strategi dan kreativiti untuk bermain disebabkan cara bermainnya yang unik. Selain itu, 76.7% bersetuju bahawa jika dimain secara berkumpulan, permainan ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi di mana setiap ahli pasukan perlu berkomunikasi sesama mereka dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.