Analisis kepimpinan biografi tokoh wanita muslimah dalam kontekstual semasa / Siti Zafrina Mohd Zahari …[et al.]

Wanita merupakan golongan yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam menyumbangkan kemajuan untuk pembangunan negara. Sumbangan golongan wanita boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti sosial, politik, ekonomi, pendidikan, kepimpinan dan sebagainya. Ketokohan wanita khususnya wanita Muslimah dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zahari, Siti Zafrina, Mohd Burhan, Norhapizah, Che Hassan, Nurul Hidayah, Mohamad, Zulkefli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78909/1/78909.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78909/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wanita merupakan golongan yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam menyumbangkan kemajuan untuk pembangunan negara. Sumbangan golongan wanita boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti sosial, politik, ekonomi, pendidikan, kepimpinan dan sebagainya. Ketokohan wanita khususnya wanita Muslimah dalam aspek kepimpinan kian terserlah bermula zaman Rasulullah SAW sehingga zaman kini. Penulisan kertas kerja ini bertujuan menganalisis biografi tokoh wanita Muslimah zaman Rasulullah SAW dan zaman kini dalam aspek kepimpinan khususnya dalam sesebuah organisasi. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan anal isis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati pemimpin wanita Muslimah hari ini mempunyai kriteria yang seharusnya wujud dalam aspek kepimpinan seperti mempunyai keyakinan, bijak membuat keputusan, dan bertanggungjawab pada tugas dan rumahtangga. Namun aspek kepimpinan kerohanian yang melibatkan aspek hablu-minallah boleh diperkemaskan agar kepimpinan wanita mempunyai keseimbangan secara holistik sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada wanita yang terlibat sebagai pemimpin agar dapat menseimbangkan tanggungjawab kepimpinan di dalam organisasi dan tanggungjawab kepimpinan sebagai seorang wanita Muslimah.