Penguasaan dan penghayatan surah al-fatihah di kalangan pelajar: kajian kes di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang / Ibrahim Mohd Sobki …[et al.]

AI-Fatihah merupakan surah pembukaan bagi kitab suci AI-Quran. Surah ini juga sinonim dengan panggilan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab, dan juga dikenali sebagai As Sab'ul mathaani yang membawa maksud tujuh yang berulang-ulang. Surah ini mempunyai tujuh ayat yang merupakan bacaan wajib dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sobki, Ibrahim, Syed Wahid, Sharifah Norhuda, Yusof, Yusharina, Othman, Muhammad Muzakkir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78743/1/78743.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78743/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:AI-Fatihah merupakan surah pembukaan bagi kitab suci AI-Quran. Surah ini juga sinonim dengan panggilan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab, dan juga dikenali sebagai As Sab'ul mathaani yang membawa maksud tujuh yang berulang-ulang. Surah ini mempunyai tujuh ayat yang merupakan bacaan wajib dalam setiap solat yang didirikan. Kepentingan dalam menguasai surah ini dengan bacaan tajwid yang betul dan menghayati maksudnya telah dibuktikan melalui peranannya sebagai bacaan wajib dalam solat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat tahap penguasaan surah AI-Fatihah khususnya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Soal selidik telah diedarkan kepada 48 pelajar ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang terpilih. Analisa deskriptif menunjukkan bahawa secara purata pelajar ini telah menunjukkan tahap penguasaan yang sederhana dalam surah AI-Fatihah melalui ilmu tajwid yang betul. Tahap penghayatan terhadap surah AI-Fatihah juga menunjukkan respon yang sederhana. Dapatan dari kajian ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak terutamanya para pendidik untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menguasai bacaan AI-Quran agar bacaan tersebut mempraktikkan tajwid yang betul.