Kajian stres dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan awam (EC110) UiTM Cawangan Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]
Fokus kajian ini adalah menganalisa punca-punca dan tahap stres serta kaedah menangani stres yang biasa dilakukan oleh pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Ielaki dan 99 orang pelajar perempuan tahun akhir kursus Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM C...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78732/1/78732.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78732/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fokus kajian ini adalah menganalisa punca-punca dan tahap stres serta kaedah menangani stres yang biasa dilakukan oleh pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 95 orang pelajar Ielaki dan 99 orang pelajar perempuan tahun akhir kursus Diploma Kejuruteraan Awam di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh responden kajian. Analisa statistik deskriptif dibuat untuk melihat faktor utama yang menyebabkan stres, dan strategi pengurusan stres di antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan analisa kajian ini menunjukkan punca utama stres bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah faktor akademik dengan masing-masing menghasilkan min 3.648 dan min 3.747 berbanding faktor peribadi (min 2.966 dan min 2.957). Ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara tahap stres pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan tahap stres pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna pelajar masih lagi mampu mengawal masalah stres mereka. Namun begitu, perhatian daripada pihak fakulti dan universiti dalam perkara-perkara yang berkaitan punca akademik terutamanya mungkin perlu diperincikan dan diperhalusi dalam memastikan graduan yang dihasilkan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk mental dan emosi. |
---|