Gaya bahasa larangan: satu kajian kontrastif antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu / Fauzi Azmi, Muhamad Zaidi Zakaria and Saiful Johari Musahar

Ayat larangan terdapat dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab perbincangan ayat larangan sehingga mencapai ke tahap wacana yang melibatkan gaya bahasa dan stilistik. Sementara ayat larangan dalam bahasa Melayu dibincangkan pada tahap struktur ayat atau dalam kerangka sintaksis. Sedan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi, Fauzi, Zakaria, Muhamad Zaidi, Musahar, Saiful Johari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78217/1/78217.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78217/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ayat larangan terdapat dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab perbincangan ayat larangan sehingga mencapai ke tahap wacana yang melibatkan gaya bahasa dan stilistik. Sementara ayat larangan dalam bahasa Melayu dibincangkan pada tahap struktur ayat atau dalam kerangka sintaksis. Sedangan pada realiti dan penggunaan ayat perintah bahasa Melayu juga terdapat unsur-unsur yang mencapai perbincangan di tahap wacana. Justeru kajian kontrastif ini diaplikasi untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan gaya bahasa perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu Kajian linguistik kontrastif diaplikasikan bagi memudahkan pengajaran, pembelajaran dan penterjemahan bahasa bahasa kedua. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan, kajian deskriptif dan anal isis kontras berdasarkan teori Transformasi Generatif (TG). Objektif kajian ialah untuk memaparkan aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa ini bagi membantu para pelajar untuk menguasai topik ini dengan lebih efisyen dan efektif. Dapatan kajian menjelaskan terdapat 13 persamaan dan lapan perbezaan gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini.