Analisis akhlaq mahmudah dalam hutang : kajian terhadap kakitangan di UiTM Malaysia / Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh …[et al.]

Keharusan berhutang dalam Islam disyaratkan dengan kemampuan untuk membayar dan mengelakkan hutang tertunggak. Pada tahun 2014, jumlah hutang tertunggak bagi isirumah di Malaysia sebanyak RM7.3 bilion. Hutang yang tidak dibayar akan menyebabkan berlaku kes-kes muftis. Kewujudan kes-kes muftis selain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jusoh, Dr. Mohd Kamal Azman, Hashim, Azizi@Hamizi, Mohamed, Asjad, Othman, Muhammad Muzakkir, Wan Ahmad, Wan Azmi, Yusoh, Mohamad Sabri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78206/1/78206.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78206/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keharusan berhutang dalam Islam disyaratkan dengan kemampuan untuk membayar dan mengelakkan hutang tertunggak. Pada tahun 2014, jumlah hutang tertunggak bagi isirumah di Malaysia sebanyak RM7.3 bilion. Hutang yang tidak dibayar akan menyebabkan berlaku kes-kes muftis. Kewujudan kes-kes muftis selain mencemarkan imej sektor awam, juga memberi kesan kepada individu yang terbabit antaranya hilang kemudahan pencen apabila bersara. Fenomena ini adalah menakutkan memandangkan konsep hutang dalam Islam telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam fiqh Islam. Ia meletakkan asas utama dan juga pedoman kepada penghutang dan pemiutang Islam. Namun konsep yang sebegini sempurna tidak akan bermanfaat jika tidak difahami dengan mendalam oleh pihak yang terlibat. Dengan itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmanakah kefahaman kakitangan kerajaan terhadap konsep akhlaq mahmudah dalam hutang piutang yang ditetapkan oleh Islam. Kakitangan kerajaan dalam tulisan ini difokuskan kepada kakitangan kerajaan yang beragama Islam di UiTM. Data dalam tulisan ini diperolehi dari soal selidik melibatkan 690 responden di UiTM Shah Alam, Pahang dan Pulau Pinang yang terdiri dari kakitangan akademik dan pentadbiran. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan menunjukkan pembolehubah lokasi tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman konsep akhlaq mahmudah.