Etika kerja Islam dan komitmen organisasi di kalangan kakitangan pentadbiran di institut pengajian tinggi awam Malaysia / Noorsuraya Mohd Mokhtar, Norlaili Harun and Noor Dalila Musa

Secara umumnya, setiap individu bekerja untuk menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Menurut perspektif Islam, amalan mencari rezeki yang halal merupakan salah satu usaha atau amalan yang mulia dan murni kerana bertujuan menampung kehidupan dengan cara yang dibenarkan syarak. Etika kerja dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mokhtar, Noorsuraya, Harun, Norlaili, Musa, Noor Dalila
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78200/1/78200.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78200/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara umumnya, setiap individu bekerja untuk menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Menurut perspektif Islam, amalan mencari rezeki yang halal merupakan salah satu usaha atau amalan yang mulia dan murni kerana bertujuan menampung kehidupan dengan cara yang dibenarkan syarak. Etika kerja dalam Islam merupakan etika yang diamalkan oleh pekerja-pekerja berlandaskan ajaran yang terkandung di dalam AI-Quran dan Sunnah. Manakala Komitmen Organisasi pula ditakrifkan sebagai sifat hubungan antara individu dengan organisasi kerja. Secara amnya hanya individu yang mempunyai keyakinan diri terhadap nilai dan tujuan organisasi kerja, serta komitmen yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada organisasi kerja mampu merealisasikan matlamat organisasi. Ini adalah sebahagian daripada faktor yang diperlukan dalam sesebuah organisasi untuk menjayakan misi dan visi organisasi. Kajian ini bertujuan mengkaji sarna ada wujud hubungan dan pengaruh antara elemen yang terkandung dalam Etika Kerja Islam terhadap Komitmen Organisasi di kalangan kakitangan pentadbiran di Institut Pengajian Tinggi Awam di negeri Pahang. Untuk mendapatkan maklum balas, satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 60 orang kakitangan pentadbiran yang telah dipilih dan empat (4) unit di lnstitut Pengajian Tinggi Awam tersebut. Teknik persampelan secara rawak mudah telah diguna pakai bagi memilih sampel bagi kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian "Statistical Package For The Social Science (SPSS) version 23 ". Hasil kajian ini mendapati terdapat korelasi yang positif tetapi lemah di antara Etika Kerja Islam dan Komitmen Organisasi. Ini bermakna walaupun etika kerja Islam tidak diamalkan sepenuhnya di lPTA tersebut, namun para pekerjanya sentiasa komited dan memberikan yang terbaik dalam pekerjaan mereka.