Konsep dan aplikasi Sadd al-Dhara'i' dalam nikah muhallil menurut hukum syarak / Asjad Mohamed … [et al.]
Undang-undang dan syariat Islam mempunyai beberapa prinsip asas dalam menghasilkan sesuatu hukum dan menyelesaikan pemasalahan semasa. Antara kaedah penting yang digunakan untuk mengistinbat (mengeluarkan) hukum dalam pelbagai aspek termasuk persoalan pemikahan ialah prinsip Sadd al-Dhara 'i...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78046/1/78046.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78046/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Undang-undang dan syariat Islam mempunyai beberapa prinsip asas dalam menghasilkan sesuatu hukum dan menyelesaikan pemasalahan semasa. Antara kaedah penting yang digunakan untuk mengistinbat (mengeluarkan) hukum dalam pelbagai aspek termasuk persoalan pemikahan ialah prinsip Sadd al-Dhara 'i'. Bagaimanapun, didapati penggunaan kaedah atau prinsip ini agak terpinggir dan merupakan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat. Mereka lebih selesa untuk mengaplikasikan teori-teori barat dalam menghadapi sebarang persoalan kekeluargaan dan pernikahan. Selain itu, isu-isu yang mencemarkan institusi kekeluargaan dilihat semakin bertambah dan meningkat. Justeru, kajian ini membincangkan mengenai konsep Sadd al-Dhara 'i" perkaitan dan aplikasinya terhadap permasalahan berhubung aspek munakahat iaitu berkenaan isu nikah muhallil. Kaj ian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dan menggunakan metod kajian kepustakaan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memperkenalkan prinsip Sadd al-Dhara 'i' kepada masyarakat serta menjelaskan kepada mereka tentang peranannya dalam menyelesaikan pelbagai isu kekeluargaan dan pernikahan. Di samping, mendedahkan tentang kaedah mengaplikasi prinsip ini dalam kes nikah muhallil. |
---|