Pembaziran dalam sektor pembinaan / Mohd Raime Izane Mohd Rusli

Tujuan melakukan kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca pembaziran bahan binaan di tapak bina dan bahan-bahan yang selalu dibazirkan. Sektor pembinaan di Malaysia amat pesat membangun dan memerlukan pengurusan yang bijaksana, berkualiti dan sistematik dalam setiap kerja-kerja di tapak pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rusli, Mohd Raime Izane
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77736/1/77736.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77736/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan melakukan kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca pembaziran bahan binaan di tapak bina dan bahan-bahan yang selalu dibazirkan. Sektor pembinaan di Malaysia amat pesat membangun dan memerlukan pengurusan yang bijaksana, berkualiti dan sistematik dalam setiap kerja-kerja di tapak pembinaan bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan dapat berjalan seperti yang dirancang. Namun begitu, kepentingan dalam mengendalikan setiap bahan binaan di tapak bina sering diabaikan. Secara keseluruhannya, laporan ini disediakan melalui beberapa kaedah antaranya ialah melalui rujukan, media cetak, media elektronik, melalui pengalaman semasa menjalankan kajian, melalui pemerhatian dan sedikit temuramah. Kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan pembinaan yang ada pada pihak kontraktor itu sendiri menjadi faktor utama yang menyebabkan pembaziran bahan binaan di tapak bina tidak mampu dikurangkan ke tahap yang minimum. Justeru itu kesedaran bagi pihak kontraktor itu sendiri adalah amat penting. Sehubungan itu kajian tentang jenis-jenis bahan binaan yang sering dibazirkan, punca-punca pembaziran, kesan-kesan pembaziran dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan pembaziran di tapak binaan telah dijalankan. Kajian ini membincangkan tentang sistem pengurusan bahan binaan, sistem kawalan bahan binaan dan pembaziran bahan di tapak bina.