Minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah / Prof Madya Halmi Zainol, Norhasandi Mat and Noor Roslinda Amir

Masalah minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah merupakan masalah yang telah lama menular dalam bidang pendidikan di negara kita. Permasalahan menular tidak kira diperingkat sekolah mahupun diperingkat institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, satu kajian telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainol, Halmi, Mat, Norhasandi, Amir, Noor Roslinda
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77000/1/77000.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77000/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah minat pelajar terhadap kursus di dalam mempengaruhi kehadiran ke kuliah merupakan masalah yang telah lama menular dalam bidang pendidikan di negara kita. Permasalahan menular tidak kira diperingkat sekolah mahupun diperingkat institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berhubung masalah tersebut. Kajian meliputi pelajar tahun akhir Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Cawangan Perak, Kampus Sen Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Tujuan kajian dijalankan adalah bagi mengenalpasti minat pelajar terhadap kursus yang mempengaruhi kehadiran ke kuliah. Beberapa kaedah analisis telah digunakan iaitu Statistik Perihal, Statistik Inferensi, Analisis Persilangan (Crossstabulation), dan Analisis Pemberian Markah (Matrik) untuk mendapatkan hasil penemuan yang berkesan diperingkt cadangan. Setiap maklumat yang diperolehi kemudian akan di analisis mengikut struktur kepentingan dalam kajian. Penemuan hasil analisis mendapati beberapa faktor yang mempengaruhi masalah ketidakhadiran ke kuliah. Faktor-faktor tersebut adalah seperti kaedah pembelajaran, program serta kursus yang diambil. Faktor dorongan pelajar untuk hadir ke kuliah. Keadaan kemudahan dan persekitaran di dalam bilik kuliah. Permasalahan pelajar serta penampilan pensyarah. Seterusnya, berdasarkan kepada penemuan di peringkat analisis, cadangan lebih menjurus kepada cara mengatasi masalahmasalah yang dikenalpasti seperti cadangan mempertingkatkan kaedah pembelajaran, program serta kursus sediada, memperbaiki mutu keadaan dan persekitaran di dalam bilik kuliah, memotivasikan pelajar serta memberi pendedahan kaunseling berkenaan sikap permasalahan semasa pelajar, memberikan galakkan dan dorongan yang tinggi kepada pelajar untuk hadir ke kuliah serta memperbaiki mutu penampilan pensyarah agar dapat diterima oleh para pelajar. Seterusnya diharap cadangan ini mampu mempertingkatkan kehadiran pelajar ke kuliah.