Kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli / Khairin Nidzar Othman

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman penulis selama enam bulan menyelia kerja-kerja berkenaan dengan struktur perancah di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada 7 bab dan dimulai den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Khairin Nidzar
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76895/1/76895.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76895/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan ini secara ringkasnya menerangkan kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman penulis selama enam bulan menyelia kerja-kerja berkenaan dengan struktur perancah di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada 7 bab dan dimulai dengan objektif laporan dan latar belakang syarikat iaitu Syarikat Alunan Asas Sdn. Bhd. Syarikat ini kini sedang menjalankan projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Hasil dari pemerhatian dan kajian, penulis mendapati bahawa proses pengendalian struktur perancah di tapak bina merupakan sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana penggunaan perancah terdapat di setiap projek pembinaan. Laporan ini memfokuskan tentang peraturan dan piawaian yang digunapakai dalam proses pengendalian perancah. Di dalam laporan ini juga menerangkan mengenai kajian teoritikal berkenaan dengan struktur perancah meliputi fungsi-fungsi dan jenis-­jenis perancah. Kemudian diterangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah pengendalian perancah secara keseluruhannya tennasuk faktor keselamatan, pemasangan, pembukaan dan penyimpanan perancah. Semasa proses pengendalian dijalankan, penulis mendapati terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan penggunaan perancah di tapak bina. Laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah tersebut den menambahbaik penggunaan perancah. Kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pengendalian perancah jenis rangka tiub keluli secara teoritikal dan praktikal.