Kelewatan dan tempoh lanjutan masa bagi projek pembinaan kompleks gerai empat tingkat / Noorita Mohd Zainal

Kelewatan dalam pembinaan merupakan suatu masalah biasa dan dialami oleh kebanyakan projek pembinaan. Sistem pengurusan yang teratur dan sistematik diperlukan bagi memastikan perjalanan projek dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bagi mengelakkan daripada dikenakan denda ataupun LAD (liquid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zainal, Noorita
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76864/1/76864.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76864/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelewatan dalam pembinaan merupakan suatu masalah biasa dan dialami oleh kebanyakan projek pembinaan. Sistem pengurusan yang teratur dan sistematik diperlukan bagi memastikan perjalanan projek dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bagi mengelakkan daripada dikenakan denda ataupun LAD (liquidated ascertain damages), pihak kontraktor biasanya akan memohon tempoh lanjutan masa. Laporan ini ditulis berdasarkan pengalaman menjalani latihan praktikal selama enam bulan di Syarikat Temurun Dinamik Sdn Bhd dan telah ditempatkan di tapak bina iaitu projek Cadangan Pembinaan 4 Tingkat Kompleks Gerai Berkonsepkan Ala Pekan Rabu di Langkawi, Kedah Darul Aman. Laporan ini secara teoritikalnya menerangkan mengenai kategori-kategori kelewatan yang sering dialami di dalam pembinaan iaitu kelewatan berdasarkan kebolehtuntuan dan juga kelewatan berdasarkan tempoh masa. Selain itu, ada juga diterangkan mengenai borang-borang kontrak standard binaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di mana di dalamnya terdapat fasal-fasal mengenai kelewatan dan lanjutan masa. Borang JKR adalah untuk projek-projek pembinaan milik kerajaan manakala PAM pula untuk projek swasta. Projek pembinaan kompleks empat tingkat ini menggunakan borang kontrak JKR kerana projek ini merupakan milik kerajaan. Selain itu ada juga diterangkan mengenai prosedur-prosedur yang terlibat untuk memohon lanjutan masa.