Kaedah pembinaan struktur kawalan jenis "radial gate" / Siti Salwa Abd Hamid

Secara ringkasnya, laporan ini menerangkan tentang kaedah-kaedah pembinaan struktur kawalan jenis "radial gate". Laporan ini dibuat berpandukan kepada pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh penulis sepanjang menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di tapak bina. Dalam menyiapka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Hamid, Siti Salwa
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76853/1/76853.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76853/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara ringkasnya, laporan ini menerangkan tentang kaedah-kaedah pembinaan struktur kawalan jenis "radial gate". Laporan ini dibuat berpandukan kepada pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh penulis sepanjang menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di tapak bina. Dalam menyiapkan laporan ini, penulis telah menggunakan dua medium untuk mendapatkan maklumat iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber primer yang digunakan oleh penulis ialah perbincangan, temuramah, pemerhatian dan penelitian manakala sumber sekunder yang digunakan oleh penulis ialah buku dan internet. Penemuan-penemuan yang diperolehi oleh penulis sepanjang menyiapkan laporan amali ini ialah kepentingan kerja-­kerja awalan seperti penyiasatan tapak melalui ujian tanah yang dilakukan dalam menentukan jenis cerucuk yang sesuai dan "setting out" yang penting bagi memastikan struktur berada di tengah-tengah terusan. Selain itu, penemuan lain yang diperolehi oleh penulis ialah pembinaan lencongan yang berfungsi secara sementara dalam mengalirkan air terusan ke kawasan hilir dan penggunaan "coffer dam" serta batang kelapa yang bertindak sebagai medium penahan struktur tanah supaya tidak memasuki terusan.