Transliterasi naskhah risalah pada menyatakan hukum jual beli dan hukum riba (mss 2276) / Nurhidayah Muhd Hashim, Fairuzah Basri and Mujaini Tarimin

Naskhah Risalah Pada Menyatakan Hukum Jual Beli dan Hukum Riba merupakan salah satu daripada ribuan naskhah manuskrip yang berada dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu (PMM), Perpustakaan negara Malaysia (PNM). Naskhah ini mengandungi penjelasan mengenai amalan jual beli yang dianjurkan oleh Islam da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Hashim, Nurhidayah, Basri, Fairuzah, Tarimin, Mujaini
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74605/1/74605.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74605/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Naskhah Risalah Pada Menyatakan Hukum Jual Beli dan Hukum Riba merupakan salah satu daripada ribuan naskhah manuskrip yang berada dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu (PMM), Perpustakaan negara Malaysia (PNM). Naskhah ini mengandungi penjelasan mengenai amalan jual beli yang dianjurkan oleh Islam dan memperincikan hukum riba yang diharamkan. Pengarang naskhah menggunakan pendekatan ayat al Qur'an, Hadis Nabi dan juga ulasan para ulama salaf al-salih semasa membentangkan amalan jual beli yang diharuskan oleh syarak dan amalan riba yang diharamkan. Naskhah ini telah menyentuh perkara asas dalam amalan jual beli seperti rukun dan syarat jual beli yang diharuskan. Demikian juga amalan riba yang diharamkan. Menerusi naskhah ini, pembaca dapat memahami tatacara jual beli yang bersih, telus dan sihat dalam amalan masyarakat Islam. Pembaca juga dapat memahami sebab-sebab pengharaman riba dalam masyarakat Islam. Penjelasan terperinci ini menggambarkan ketinggian semangat ketauhidan dan kebersihan amalan jual beli Islam yang cuba diterapkan oleh pengarang naskhah kepada masyarakat tempatan khasnya dan masyarakat Islam seluruhnya. Keterangan yang jelas pada contoh-contoh tempatan memberikan satu gambaran mengenai hubungan erat pengarang dengan aktiviti sosial setempat. Isu yang dibentangkan oleh naskhah ini juga begitu relevan dengan situasi masyarakat Islam masa kini yang sedang berusaha mempelbagai produk muamalat Islam.