Mengenalpasti penyakit ikan di dalam makmal / Dr Nurliyana Mohamad

Kerapkali ikan yang diternak diancam oleh pelbagai jenis penyakit. Kekangan teknologi dan kepakaran di kolam ternakan mendorong penternak untuk mendapatkan khidmat pakar penyelidik bagi mengenalpasti punca penyakit dan kematian ikan. Sejurus mendapat laporan daripada penternak, penyelidik lazimnya a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Nurliyana
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74217/1/74217.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74217/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerapkali ikan yang diternak diancam oleh pelbagai jenis penyakit. Kekangan teknologi dan kepakaran di kolam ternakan mendorong penternak untuk mendapatkan khidmat pakar penyelidik bagi mengenalpasti punca penyakit dan kematian ikan. Sejurus mendapat laporan daripada penternak, penyelidik lazimnya akan melawat lokasi kes jangkitan. Lawatan ke lokasi jangkitan amat penting untuk mencatat serta menyimpan data berkenaan latar belakang kes jangkitan. Bagaimanapun, jika terdapat halangan untuk ke ladang, penternak kebiasaannya akan menghantar sampel ikan berpenyakit terus ke makmal. Latar belakang kes seperti spesies, usia dan jumlah ikan yang dijangkiti mahupun mati, symptom penyakit, tempoh jangkitan dan kualiti air sewaktu kejadian akan diperolehi daripada penternak. Setelah sampel ikan diterima, berat, panjang dan tandatanda klinikal ikan akan direkodkan. Kewujudan parasite akan diperhatikan dengan mata kasar. Kemudiannya sampel akan diambil untuk tujuan identifikasi parasit. Penyediaan sampel dilakukan dengan mengambil sedikit lendir dari kulit ikan, terutama di bahagian sekitar sirip dorsal, sirip dada, dan sirip pelvik.