Kajian keadaan sosio ekonomi nelayan di Kampung Kuala Linggi / Abd. Manaf Abd. Rahman … [et al.]

Kajian ini dibuat adalah untuk bertujuan untuk mengetahui secara lebih mendalam keadaan penduduk dan masyarakat di Kampong Kuala Linggi khususnya bagi nelayan-nelayan tempatan. lanya meliputi segala aktiviti-aktiviti sosial yang dijalankan yang melibatkan pekerjaan sebagai nelayan. Bidang sosial yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Rahman, Abd. Manaf, Shamsudin, Abdul Malek, Aiyub, Azman, Husin, Nik Nazli
Format: Student Project
Language:English
Published: 1988
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74146/1/74146.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74146/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat adalah untuk bertujuan untuk mengetahui secara lebih mendalam keadaan penduduk dan masyarakat di Kampong Kuala Linggi khususnya bagi nelayan-nelayan tempatan. lanya meliputi segala aktiviti-aktiviti sosial yang dijalankan yang melibatkan pekerjaan sebagai nelayan. Bidang sosial yang dimaksudkan termasuklah keadaan keluarga nelayan disamping masyarakat setempat. Dibidang perekonomi pula, kajian ini melibatkan punca-punca pendapatan nelayan itu sendiri dari hasil tangkapan-tangkapan ikan disamping kerja-kerja sampingan seperti bertukang, bertani, berniaga dan menternak binatang. Bagi mempastikan perlaksanaan pembangunan sosio ekonomi kaum nelayan dapat dipertingkatkan, maka peranan dan penyertaan pihak Kerajaan melalui Jabatan dan Agensinya seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan adalah sangat penting dan berkesan. Penyertaan pihak Kerajaan adalah meliputi segala program pembangunan yang telah dan akan di laksanakan, khususnya bagi membasmi kemiskinan dikalangan nelayan di Kuala Linggi selaras dengan Dasar Perikanan Negeri. Hasil daripada kajian yang telah dibuat, adalah didapati hampir 50% kaum nelayan yang berada di kampong ini masih lagi berada di bawah paras kemiskinan iaitu sebanyak $350.00 sebulan. Dengan adanya program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan seperti Skim Pinjaman Pemilikan Bot, Latihan Dan Teknikal, Pengurusan Pemasaran, Projek Ternakan Biri-biri maka peratusan nelayan yang masih miskin dijangka akan berkurangan dari masa kesemasa.