Dari meja editor / Jamal Othman

Alhamdulillah, jawatankuasa Unit Penerbitan dan Publisiti, Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas penerbitan e-Buletin JSKM Edisi yang 8, sesi 20224. Mulai tahun ini, jawatankuasa telah menetapkan bahawa e-Buletin JSKM akan dikeluarkan sebanyak d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Jamal
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73492/1/73492.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73492/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alhamdulillah, jawatankuasa Unit Penerbitan dan Publisiti, Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas penerbitan e-Buletin JSKM Edisi yang 8, sesi 20224. Mulai tahun ini, jawatankuasa telah menetapkan bahawa e-Buletin JSKM akan dikeluarkan sebanyak dua kali setahun bagi membantu warga JSKM menerbitkan karya kreatif di peringkat jabatan dan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Jawatankuasa telah menerima hampir 50 karya dari warga JSKM meliputi skop perkongsian pengalaman, pelaporan aktiviti jabatan, puisi, pantun dan permainan minda (game). Hasil karya yang dihantar kepada jawatankuasa sungguh mengkagumkan dan ini menunjukkan warga JSKM mempunyai bakat-bakat seni selain dari penulisan akademik dalam jurnal atau prosiding samada peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Warga JSKM adalah diharapkan terus berkarya dan cuba terbitkan karya kreatif ke majalah terkemuka Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa juga menyarankan kepada semua setiausaha jawatankuasa di peringkat JSKM yang telah melaksanakan sebarang aktiviti agar mengemukakan laporan aktiviti jabatan. Salah satu kekuatan jabatan adalah pelaksanaan kepelbagaian aktiviti untuk staf samada di peringkat jabatan atau universiti. Bagi membolehkan pihak luar mengukurkan kekuatan atau populariti sesebuah jabatan adalah melalui pelaporan aktiviti dalam penerbitan e-buletin jabatan.