Kajian kesan aditif terhadap pengoksidaan minyak sayuran / W. B. Wan Nik … [et al.]

Progres dalam penyelidikan dan pembangunan minyak sayuran sebagai bendalir industri adalah menggalakkan. Hasil dari penyelidikan yang berlerusan di Eropah dan Amerika Syarikat, beberapa minyak industri yang berasaskan sayuran telah dihasilkan. Walau bagaimanapun, minyak ini adalah hasil dari tanaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nik, W. B., Ku Bulat, K. H., Muhammad Zuki, W. A., Ibrahim, M.Z., Ahmad, M.F., Ali, A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73442/1/73442.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73442/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Progres dalam penyelidikan dan pembangunan minyak sayuran sebagai bendalir industri adalah menggalakkan. Hasil dari penyelidikan yang berlerusan di Eropah dan Amerika Syarikat, beberapa minyak industri yang berasaskan sayuran telah dihasilkan. Walau bagaimanapun, minyak ini adalah hasil dari tanaman negara tersebut. Dalam menyahut cabaran ini, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sebagai sebuah institut pengajian tinggi awam yang mengkhususkan kepada pengurusan, sains dan teknologi alam sekitar teIah memulakan kajian penggunaan minyak sayuran sebagai bahan mesra alam dalam sistem hidraulik. Oleh kerana minyak sayuran didapati kurang stabil dari segi sifat termanya, kajian dimulakan dengan memperbaiki sifat terma minyak. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan empat jenis aditif yang telah dikomersilkan terhadap pengoksidaan minyak kelapa (Cocos Nucifera) berbanding dengan minyak rapeseed (Brassica) yang telah diformulasikan. Sampel-sampel minyak telah dipanaskan pada suhu 95°C selama 500 jam dan kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan kaedah spektroskopi inframerah, kaedah analisis termogravimetri dan ujian keasidan. Kuprum yang pada awalnya dijangka berfungsi sebagai mangkin akhirnya telah menunjukkan kesan sebagai bahan yang bersifat anti oksida kepada minyak kelapa. Aditif IRGANOX L107 adalah aditif yang telah didapati memberi kesan yang terbaik dalam mengurangkan kadar pengoksidaan yang berlaku terhadap minyak kelapa.