Kemerosotan kualiti sumberjaya di kawasan tanah tinggi Cameron, Pahang / Mazdi Marzuki and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah

Manusia banyak bergantung kepada kewujudan sumber yang berada di persekitaran terutama untuk menjana proses pembangunan. Keperluan ini telah wujud sejak dahulu lagi dengan memanfaatkan pemberian alam untuk keperluan asas sehingga kepada penjanaan sumber ekonomi melalui kegiatan penternakan dan perta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marzuki, Mazdi, Che Ngah, Mohamad Suhaily Yusri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73421/1/73421.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73421/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manusia banyak bergantung kepada kewujudan sumber yang berada di persekitaran terutama untuk menjana proses pembangunan. Keperluan ini telah wujud sejak dahulu lagi dengan memanfaatkan pemberian alam untuk keperluan asas sehingga kepada penjanaan sumber ekonomi melalui kegiatan penternakan dan pertanian. Kesan daripada kehendak pembangunan sosio-ekonomi telah meletakkan sumber dan pembangunan dalam satu kitaran yang tidak seimbang iaitu sumber diperlukan untuk pembangunan dan kehendak pembangunan memusnahkan sumber. Kitaran ini semakin parah dan sukar dibendung terutama di kawasan tanah tinggi. Kertas ini bertujuan membincangkan kemerosptan dan kemusnahan kuantiti dan kualiti sumber yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron ekoran penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian hawa sederhana, pembinaan hartanah dan infrastruktur secara keterlaluan. Ia secara langsung telah menganggu ciri-ciri keseimbangan geomorfologi dan ekosistem tanah tinggi yang begitu sensitif dalam konteks pembangunan. Sumber air juga turut menerima kesan pencemaran kelodak dan pemendapan yang mencetekkan sungai. Kawasan hutan semakin berkurangan kesan daripada penerokaan tanah secara haram. Senario begini telah memusnahkan keindahan dan keunikan kawasan Tanah Tinggi Cameron yang begitu dibanggakan dalam industri pelancongan negara pada satu ketika dahulu.