Majlis perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA / Universiti Teknologi MARA

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkat usaha gigih mereka selama ini, universiti tersohor tanahair ini kini dapat berbangga mempunyai sebuah hospital yang dinamakan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Saya pastinya berbesar hati dengan pemilihan lokasi ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Universiti Teknologi MARA
Format: Book
Language:English
Published: UiTM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73007/1/73007.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73007/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkat usaha gigih mereka selama ini, universiti tersohor tanahair ini kini dapat berbangga mempunyai sebuah hospital yang dinamakan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Saya pastinya berbesar hati dengan pemilihan lokasi ini yang secara strategik terletak di daerah Kuala Selangor dan bakal memberi manfaat kepada komuniti setempat serta sekitarnya, sekaligus merancakkan pembangunan sedia ada di utara Selangor. Selain aspek ekonomi, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan penekanan kepada aspek Kesihatan Awam. Sebanyak RM65 juta diperuntukkan untuk tujuan ini pada tahun 2022 berbanding RM8.5 juta untuk tujuan yang sama pada tahun 2021. Komitmen ini diterjemah dalam bentuk penubuhan Majlis Kesihatan Awam Negeri Selangor (SelPHAC); yang pertama di Malaysia. Program sedia ada ditambah baik seperti lltizam Selangor Penyayang, selain Program Saringan Kesihatan Percuma (Selangor SARING) turut dianjurkan seawal tahun ini. lltizam Kerajaan Negeri berkenaan Kesihatan Awam turut terserlah dengan mempersiapkan satu pasukan respon pantas {rapid response team) terdiri daripada komuniti setempat yang dikenali sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Sukarelawan ini dapat membantu UiTM melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang lebih berkesan. Semoga dengan kerjasama antara pihak UiTM dan Kerajaan Negeri bakal memberikan manfaat yang berterusan buat warga Selangor lebih-lebih lagi komuniti setempat. Sempena Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Akhir kata, semoga Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM menjadi kebanggaan warga UiTM dan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri Selangor tercinta.