Jaringan antarabangsa secara maya UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Universitas Airlangga ke arah melahirkan graduan yang dinamik / Asiah Abdullah ... [et al.]

Pihak universiti sentiasa menyahut cabaran untuk menjalankan program berimpak tinggi walaupun dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19. Berikutan itu, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) melalui Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS), Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama Kelab Al-Chemist...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Asiah, Jani, Nor Akmalazura, Wan Khalid, Wan Elina Faradilla, Musa, Mazni
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72916/1/72916.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72916/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pihak universiti sentiasa menyahut cabaran untuk menjalankan program berimpak tinggi walaupun dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19. Berikutan itu, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) melalui Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS), Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama Kelab Al-Chemist telah berjaya menganjurkan program pengantarabangsaan, Remote Global Outreach Programme 5.0 (rGOP 5.0) bersama Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia pada 16 dan 17 Oktober 2021. Program pengantarabangsaan ini telah diadakan secara maya melalui aplikasi Cisco Webex dan Live Streaming di YouTube. Program rGOP 5.0 adalah merupakan kesinambungan daripada program Global Outreach Programme (GOP) siri 1.0, 2.0 dan 3.0 (yang diadakan secara bersemuka) serta Remote Global Outreach Programme 4.0 (rGOP 4.0) yang telah dilaksanakan buat julung-julung kalinya secara maya pada 1 dan 2 September 2020. Program rGOP 5.0 ini diteruskan pada tahun 2021 berikutan maklumbalas positif daripada para peserta. Penganjuran rGOP 5.0 masih mengekalkan objektif utamanya iaitu untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berdaya saing dalam menghadapi era globalisasi masa kini. Bertemakan ‘Kerjasama Global Ke Arah Melahirkan Graduan yang Dinamik’, program ini telah berjaya menarik minat seramai 360 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar serta pensyarah UiTM dan UNAIR