Webinar ‘Hero to CEO’ / Faddliza Mohd Zaki ... [et al.]

E-Dagang atau dikenali sebagai e-Commerce merupakan pembelian dan penjualan produk secara dalam talian dan perkhidmatan yang menyokong aktiviti tersebut termasuk pemasaran, pengembangan platform penjualan dalam talian, perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi (MDEC, 2022). Konsep e-Commerce menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zaki, Faddliza, Mohamad Yusuf, Asmahanim, Mohd Beta, Raja Mayang Delima, Abu Hassan, Amirah, Md. Noor, Mohd Faisal
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72901/1/72901.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72901/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:E-Dagang atau dikenali sebagai e-Commerce merupakan pembelian dan penjualan produk secara dalam talian dan perkhidmatan yang menyokong aktiviti tersebut termasuk pemasaran, pengembangan platform penjualan dalam talian, perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi (MDEC, 2022). Konsep e-Commerce menggunakan internet sebagai medium dalam urusan jual beli barang atau perkhidmatan antara peniaga dan pengguna (Rosfashihah & Nisrina, 2021). Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memanfaatkan dunia perniagaan di dunia termasuk Malaysia di mana penjanaan pendapatan melalui perniagaan dapat dilakukan secara atas talian. Para pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan tidak terkecuali didedahkan kepada ilmu dan kepentingan e-Commerce bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga dengan inisiatif yang diambil oleh universiti dengan program yang memberi pendekatan kepada e-Commerce. Unit Industry, Community & Alumni Network (ICAN) dengan kerjasama Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan program Webinar ‘Hero to CEO’ bersama jalinan kerjasama dengan syarikat I’Study iaitu sebuah syarikat konsultansi dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.