Dasar harta intelek edisi 2021 / Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah universiti utama di Malaysia yang aktif menjalankan berbagai projek penyelidikan dan secara langsung menghasilkan banyak produk reka cipta dan inovasi. Bagi memanfaatkan hasil penyelidikan ini, adalah amat penting untuk reka cipta dan produk inova...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
UiTM Press
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72877/1/72877.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72877/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah universiti utama di Malaysia yang aktif menjalankan berbagai projek penyelidikan dan secara langsung menghasilkan banyak produk reka cipta dan inovasi. Bagi memanfaatkan hasil penyelidikan ini, adalah amat penting untuk reka cipta dan produk inovasi ini diberi perlindungan di bawah undang-undang harta intelek. Umum mengetahui harta intelek amat penting untuk pertumbuhan ekonomi dan sosial, bukan sahaja di negara kita, malah di peringkat global. Oleh yang demikian, tujuan utama Dasar Harta Intelek UiTM (DHI UiTM) ini adalah untuk menggalakkan penghasilan harta intelek yang berterusan di UiTM dengan menyediakan kaedah dan garis panduan yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan harta intelek di UiTM iaitu, staf, pelajar, rakan kerjasama dan pemegang taruh lain yang berkenaan. DHI UiTM ini menggariskan hak dan kepentingan UiTM sebagai pemilik harta intelek dan pada masa yang sama memperakukan dan memberikan manfaat yang wajar kepada staf, pelajar dan rakan kerjasama sebagai pencipta, pereka atau penulis yang menghasilkan produk inovasi atau sesuatu karya harta intelek tersebut. DHI UiTM ini juga mewujudkan satu unit khas di bawah tadbir urus pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) iaitu Business Innovation and Technology Commercialisation (BITCOM) yang diberi amanah menguruskan permohonan perlindungan harta intelek dan menyelenggara semua harta intelek UiTM di bawah skop pemakaian DHI UiTM ini. Dengan pengurusan harta intelek yang efektif, pengkomersialan dan eksploitasi hasil penyelidikan UiTM yang mampan dan berimpak tinggi akan dapat dicapai. |
---|