Laporan Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang 2022 / Muriatul Khusmah Musa

Dengan bertemakan ‘Klasik Tradisional’, Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) 2022 telah diadakan pada 14 Disember 2022 bertempat di Dewan Besar UiTMCPP, Permatang Pauh. Pada tahun ini sebanyak lima pasukan terdiri daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak, Pej...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Musa, Muriatul Khusmah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72858/1/72858.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72858/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dengan bertemakan ‘Klasik Tradisional’, Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) 2022 telah diadakan pada 14 Disember 2022 bertempat di Dewan Besar UiTMCPP, Permatang Pauh. Pada tahun ini sebanyak lima pasukan terdiri daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak, Pejabat Bendahari, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Infostruktur dan Pejabat Polis Bantuan telah bergabung tenaga untuk menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) sebagai tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Rektor UiTMCPP, Prof. Madya Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Azizah Abdullah. Bersempena dengan majlis ini, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah meraih tempat ke 4 bagi Anugerah Pencapaian Strategik 2021 Kategori Jabatan. Di samping itu, dua pensyarah dari APB iaitu Puan Maizatul Akmal Ahmad Mokhzan dan Puan Melati Desa telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Segmen Majlis Jasamu Dikenang turut diadakan bagi menghargai sumbangan pensyarah yang telah bersara pada tahun 2021 dan 2022 dan penerima dari APB ialah Encik Liaw Shun Chone, Encik Lim Soo Giap, dan juga Prof. Madya Dr. Rushita Ismail.