Penjagaan dan pemulihan jantung / Artini Dzolkarnaini, Nadia Mohd Mustafah and Nur Nadia Abd Rahim
Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas keizinan-Nya buku ini berjaya dihasilkan untuk manfaat pesakit jantung. Terbitnya idea untuk menghasilkan buku ini adalah gabungan perbincangan bersama kakitangan dalam Jabatan Perubatan Pemulihan di Pusat Pakar Perubatan UiTM. Pelbagai persoalan tentang pe...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
UiTM Press
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72845/1/72845.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72845/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas keizinan-Nya buku ini berjaya dihasilkan untuk manfaat pesakit jantung. Terbitnya idea untuk menghasilkan buku ini adalah gabungan perbincangan bersama kakitangan dalam Jabatan Perubatan Pemulihan di Pusat Pakar Perubatan UiTM. Pelbagai persoalan tentang penyakit jantung dan penjagaan kesihatan selepas serangan jantung telah dibincangkan bersama pesakit yang telah mendorong kami untuk menerbitkan buku khas bagi panduan pesakit dan ahli keluarga pesakit jantung. Penyakit jantung merupakan penyebab kematian yang pertama di Malaysia dengan jumlah kematian pada tahun 2018 seramai 13,503 orang (13.9% daripada jumlah kematian di Malaysia tahun itu), peningkatan 0.7% berbanding tahun sebelumnya. Bagi pesakit jantung yang berjaya diselamatkan, Program Pemulihan Jantung telah terbukti berjaya menurunkan kadar kemasukan semula ke dalam wad akibat komplikasi penyakit jantung, sekali gus mengurangkan kadar kematian. (Pengurangan berat badan, tekanan emosi dan paras kolesterol merupakan kesan-kesan positif daripada program ini). Setiap topik yang ditulis di dalam buku ini merupakan sumbangan daripada pelbagai pakar dalam topik perbincangan. Diharapkan buku ini bukan sahaja dapat berkongsi tentang gaya hidup sihat selepas serangan dan rawatan jantung bersama pesakit, malah dapat membantu keluarga pesakit dalam memahami penyakit jantung serta cara-cara untuk menjaga kesihatan jantung. |
---|